Friday, January 29, 2010

TAZKIRAH JUMAAT

Kepentingan Al Quran & Kewajipan Umat Islam Kepada Nya
Firman Allah SWT dalam Al Quran:
"Taha"
"Tidaklah KAmi(Allah) menurunkan Al Quran kepada engkau(Muhammad) supaya engkau menjadi celaka "
"Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut"
"Diturunkan dari Dzat yang menjadikan bumi dan langit yang tinggi"
Surah TAha ayat 1 ke 4

Semoga Allah SWT beri kekuatan membaca dan mengamal nya

Tazkirah ini adalah yang saya terima dari saudara saya Hj Zainal,Inokom ,Kulim,Kedah..

Friday, January 15, 2010

Siri Tazkirah Jumaat


Salam tazkirah Jumaat;

"Kepentingan dan kelebihan orang yang membaca Al-Quran"

Nabi SAW pernah bersabda yang ertinya: "Barang siapa yang perhatiannya sentiasa pada Al-Quran , dan ingat kepada ku, Aku beri kepadanya lebih utama daripada apa yang Aku berikan pada orang orang yang memohon(berdoa)


(Riwayat Tirmidzi dari Abi said al - Khudri ra


Semoga Allah beri nikmat membaca Al Quran untuk mencari keredhaan Nya

Friday, January 8, 2010

Siri Tazkirah Jumaat

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah SAW bersabda "Tiga jenis orang yang mana pada hari kiamat akan berada didalam timbunan kasturi.Pertama seorang lelaki yang melaungkan azan untuksembahyang lima waktu siang dan malam, kedua seorang lelaki yang mengimamkan orang ramai dalam keadaan mereka menyenangi nya ,ketiga ialah seorang hamba yang menunaikan hak ALLAH SWT dan hak tuannya.HR Tirmizi.


Saturday, January 2, 2010

Siri Tazkirah Jumaat;




Dunia Hari Ini;


Salim r.a mendengar Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda Bermaksud;"Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan,akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak 'haraj".Seseorang bertanya,"Apakah Haraj itu ya Rasullullah ?"Jawab baginda:"Begini"(Nabi memberi isyarat dengan tangan Baginda,seolah-olah menggambarkan tejadinya pembunuhan!) (HR - Bukhari)