Saturday, March 13, 2010

SIRI TAZKIRAH JUMAAT


"4 Kelebihan Orang Yang Berkhidmat Kepada Allah"


Imam Al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Minhaj al-Abidin,,sebanyak empat puluh kelebihan kurniaan allah kepada yang berkhidmat dengan Nya


1. Mendapat pujian dan disebut oleh Allah.


2.Di agungkan dan dimuliakan oleh Allah.


3.Dicintai oleh Allah semasa hidup di dunia


4.Selama hidup di dunia kerana taat dan tawakkal sehingga seolah olah Allah menjadi wakilnya dalam segala urusan.Semua urusan Allah yang atur...

Monday, March 8, 2010

SIAPAKAH QARIN

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Friday, February 26, 2010

Tazkirah Jumaat


Akhlak Terpuji


Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersadba;


"Seseorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas(pukulan lawan) tetapi seorang yang kuat itu ialah yang dapat mengawal diri dan perasaannya denagn baik ketika marah"


(HR Al Bukhari)

Tuesday, February 23, 2010

OFF ROAD activities
























This trip was the best adventure that we had...me with my kids Bazli & Ilman.The trip was organise by PUMA 4X4 club Melaka.
The trip starts from Melaka and headed to Raub, starts Off road from the Lata Berembun(orang asli settlement)
The offroad depart @ ~03:00hrs reaching the camp site at 20:00hrs.The campsite had a nice waterfall in but enjoying it only in the early morning when we were decamp and leave site at ~10:00hrs..the route out were quite easy as we going downhill.
HAd lunch at Felda Sg Koyan if not wrong.
After lunch we cross the Mountain range to Cameron Highland came out at Ringlet in the late afternoon.
After a short break we continue on road to Gua Musang and went into Off Road and reach the camp site also in the dark at about 21:00hrs
We come out in the morning and reach home very very tired but very happy at night...












Saturday, February 20, 2010

Tazkirah Jumaat

Assalamualaikum;
"Berwaspada Daripada Terleka Dengan Suatu Yang Tak Kekal"

Ertinya: Daripada Abdullah bin al Syikir r.a Nabi SAW bersabda:

WAhai anak Adam!Adakah kamu memiliki harta kamu melainkan apa yang engkau makan lalu engkau menghabiskannya atau engkau memakainya lalu melusuhkannya atau engkau bersedekah lalu engkau kekalkannya(pada hari pembalasan)

Hadis riwayat Muslim

Begitulah kebesaran sedekah yang mana ia ada lah kebaikan yang berkekalan hingga ke akhirat untuk pengiraan dalam buku register kita.

Friday, February 12, 2010

Tazkirah Jumaat


Salam Tazkirah Jumaat -

Dosa Terhapus Bila Datang Ujian


Ertinya daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda:

"Tidak menimpa seseorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan,kepayahan,,sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan,melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya"
Hadis Riwayat al- Bukhari dan Muslim

Friday, February 5, 2010

Tazkirah Jumaat

Kepentingan Al Quran
Sabda NAbi SAW
"Hendaklah kamu membaca Al Quran kerana ia adalah cahaya yang cemerlang bagimu di muka bumi ini dan perbendaharaan yang berharga di atas langit"
Hadis riwayat Imam Ibn Hibban dari Abi Dzarin r.a
dan "Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti karatnya besi dan dapat melenyapkannya ialah membaca Al Quran dan ingat akan kematian"
Hadis riwayat Imam Baihaqi dari Ibn Umar r.a