Friday, January 29, 2010

TAZKIRAH JUMAAT

Kepentingan Al Quran & Kewajipan Umat Islam Kepada Nya
Firman Allah SWT dalam Al Quran:
"Taha"
"Tidaklah KAmi(Allah) menurunkan Al Quran kepada engkau(Muhammad) supaya engkau menjadi celaka "
"Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut"
"Diturunkan dari Dzat yang menjadikan bumi dan langit yang tinggi"
Surah TAha ayat 1 ke 4

Semoga Allah SWT beri kekuatan membaca dan mengamal nya

Tazkirah ini adalah yang saya terima dari saudara saya Hj Zainal,Inokom ,Kulim,Kedah..

Friday, January 15, 2010

Siri Tazkirah Jumaat


Salam tazkirah Jumaat;

"Kepentingan dan kelebihan orang yang membaca Al-Quran"

Nabi SAW pernah bersabda yang ertinya: "Barang siapa yang perhatiannya sentiasa pada Al-Quran , dan ingat kepada ku, Aku beri kepadanya lebih utama daripada apa yang Aku berikan pada orang orang yang memohon(berdoa)


(Riwayat Tirmidzi dari Abi said al - Khudri ra


Semoga Allah beri nikmat membaca Al Quran untuk mencari keredhaan Nya

Friday, January 8, 2010

Siri Tazkirah Jumaat

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah SAW bersabda "Tiga jenis orang yang mana pada hari kiamat akan berada didalam timbunan kasturi.Pertama seorang lelaki yang melaungkan azan untuksembahyang lima waktu siang dan malam, kedua seorang lelaki yang mengimamkan orang ramai dalam keadaan mereka menyenangi nya ,ketiga ialah seorang hamba yang menunaikan hak ALLAH SWT dan hak tuannya.HR Tirmizi.


Saturday, January 2, 2010

Siri Tazkirah Jumaat;




Dunia Hari Ini;


Salim r.a mendengar Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda Bermaksud;"Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan,akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak 'haraj".Seseorang bertanya,"Apakah Haraj itu ya Rasullullah ?"Jawab baginda:"Begini"(Nabi memberi isyarat dengan tangan Baginda,seolah-olah menggambarkan tejadinya pembunuhan!) (HR - Bukhari)

Saturday, December 26, 2009

SIRI TAZKIRAH JUMAAT

Keutamaan Selawat ke atas Nabi SAW;
ALLAH telah berfirman: "Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mengucapkan salawat ke atas NAbi,Wahai orang orang yang beriman ,ucapkanlah salawat ke atasnya(NAbi ) dan berikanlah salam dengan sesempurna sempurna salam"(surah Al Azhzab:56)
Barang siapa yang mengucapkan salawat keatasku dari ummat ku dituliskan bagi nya sepuluh hasanah(kebaikan)....InsyaAllah.
http://www.youtube.com/watch?v=orQsLEiFVeg#watch-main-area

Thursday, December 24, 2009

Tahniah Bazli


1.Hari ini semua ibubapa yang menanti keputusan PMR agak gementar jugak.

2.Aku pun macam tuh jugak

3.Anak kedua aku Bazli ,walau dia confident aku takut dia over confident..

4.So pagi ni dia gabrar sejak dari semalam sebab mimpi dia dapat 4 A

5.Alhamdullillah cemerlang dia dengan 8 A

6.So insyaAllah akan ke Maktab Tentera Di Raja..Itu jer yang dia memohon ...SBP tak minat...MRSM pun tak

7.So harap terus kan perjuangan dalam SPM pulak....We will always support you
Papa & Mama

Friday, December 18, 2009

Tazkirah Maal Hijrah

Mengingati peristiwa Hijrah Rasullullah(SAW) ialah denagn menghidupkan "budaya hijrah" dalam kehidupan seharian kita sebagaimana yang disarankan melalui sebauah hadis Nabi Muhammad SAW;" SSeorang muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara muslim yang lain dariapda (kejahatan) lidah dan tangan nya;dan seorang yang berhijrah daripada perkara yang di tegah oleh Allah"(HR Al Bukhari,Abu Daud dan Nasa'i)
Hijrah itu adalah pengorbanan untuk bawa perubahan,
Salam Hijrah sekali lagi....